jurubahasa L17.. mahkamah lagi
info dari http://ms.wikipedia.org
Mahkamah Malaysia
Bangunan Sultan Abdul Samad meletakkan
Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Mahkamah Perniagaan.
Malaysia
ialah sebuah persekutuan tiga belas negeri, dengan hampir
semua kuasa kehakiman
terletak pada sistem mahkamah persekutuan.
Isi kandungan |
Sejarah
Sistem
mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai
Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris
hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan
Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.
Sebelum
pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:
- Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
- Mahkamah Agung Singapura
- Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei
Setiap
Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah
Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Pembentukan Malaysia
Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah
British yang masih tinggal, telah dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia
yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai
Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama
tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di
bawah ini:
- Mahkamah Tinggi Malaya
- Mahkamah Tinggi Singapura
- Mahkamah Tinggi Borneo
Satu Mahkamah
Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.
Mahkamah
Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia
apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos
1965.
Rayuan Majlis Privi
Walaupun
selepas kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia, menurut perjanjian antara Her Majesty The Queen dan Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Artikel
131 daripada Perlembagaan Persekutuan, keputusan kehakiman daripada Mahkamah
Persekutuan boleh diambil di atas rayuan ke Judicial
Committee of the Privy Council di London.
Rayuan Majlis
Privi ke atas perkara jenayah dan perlembagaan telah di mansuhkan pada 1 Januari
1978. Rayuan sivil juga
telah dimansuhkan pada 1 Januari 1985, di mana Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula
sebagai "Mahkamah Agung Malaysia".
Reformasi 1994
Dalam tahun 1994, bagi mengekalkan
tingkat kedua di dalam sistem rayuan yang telah hilang apabila rayuan-rayuan
Majlis Privi telah dibatalkan, Perlembagaan telah diubah untuk menubuhkan
Mahkamah Rayuan Malaysia (diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan) dibawah
Mahkamah Agong, yang mana sekali lagi dinamakan semula "Mahkamah
Persekutuan Malaysia".
Sebagai
sebahagian daripada Malaysia Barat, Mahkamah Tinggi Borneo telah dinamakan
"Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak". The office of Lord President of
the Supreme Court was replaced by that of "Chief Justice of
Malaysia", while the Chief Justices of Malaya and Borneo were re-titled
"Chief Judge of Malaya" and "Chief Judge of Sabah and
Sarawak" respectively. These changes were seen by many in the Opposition
as an attempt to downgrade the prestige of the judiciary.
Diadili oleh juri
Sehingga 1995, hak diberi untuk
memohon perbicaraan diadili juri -
juri yang biasanya terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita - dalam kesemua
kes-kes berat (capital cases).
Perbicaraan
diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang
dan Melaka,
yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada
kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili
juri tidak dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat
dikendalikan oleh seorang hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi
kemudiannya di perkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan
Sarawak, perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors,
seperti sebelum kemerdekaan.
Mahkamah Atasan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah
Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan
boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah
ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah
daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan
keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.
Mahkamah Rayuan
Mahkamah
Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah
yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
- tuntutan melebihi RM10000
- keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
- rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran
Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah
Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua
Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan
daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan
kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang
melibatkan kemalangan
kenderaan bermotor, penderitaan,
dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan
kes-kes yang berkait dengan:
- kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
- kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
- penjagaan kanak-kanak;
- pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
- injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
- kesahan individu.
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah
selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes
dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh
seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan
hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988),
para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima
perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.
Mahkamah Bawahan
Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua
kes jenayah
dan sivil.
Mahkamah Sesyen
Agak serupa
dengan Mahkamah Sesyen Suku di England,
Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati.
Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen
(dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah
Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000
tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan
kenderaan bermotor, penderitaan,
dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa
yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.
Mahkamah Majistret
Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas
Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan
yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya
tidak dilantik.
Mahkamah
Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi
RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk
membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau
yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman
yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000
dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah
Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.
Mahkamah lain
Mahkamah
Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil
yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa
Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah
terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa
Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah
Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah
Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang
berkenaan dengan adat
dan undang-undang orang asli.
Terdapat juga
Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.
Mahkamah Syariah
Rencana utama: Mahkamah Syariah di Malaysia
Terdapat
sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap
undang-undang Islam
(syariah)
negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap
perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak
boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman
merotan melebihi enam kali.
Senarai Ketua Hakim Negara
Rencana utama: Ketua Hakim Negara Malaysia
- Tun Salleh Abas (1984-1988)
- Tun Abdul Hamid Omar (1988-1994)
- Tun Mohd Eusoff Chin (1994-2000)
- Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (2000-2003)
- Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (2003-2007)
- Tun Abdul Hamid Mohamad (2007-2008)
- Tun Zaki Tun Azmi (2008-2011)
- Tan Sri Arifin bin Zakaria (2011-Kini)