PANGGILAN TEMU DUGA JURUBAHASA GRED L17
wow...terpilih juga saya pergi temuduga ni.... nak baca apa ni....seramnya..............
Tuan/Puan,
PANGGILAN TEMU DUGA JURUBAHASA GRED L17
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:
PANGGILAN TEMU DUGA JURUBAHASA GRED L17
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:
TARIKH/MASA | KOD | JAWATAN | TEMPAT TEMU DUGA |
12/09/2012 08:00 pagi |
3814 | JURUBAHASA GRED L17 | SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
URUSETIA CAWANGAN SABAH, ARAS 1, BLOK A , KOMP. PENT. K'JAAN PERSEKUTUAN, JLN SULAMAN LIKAS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH |
3. Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
a. | Kad Pengenalan; |
b. | Sijil Kelahiran; |
c. | Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan) |
d. | Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan Sijil Tamat Persekolahan; |
e. | Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan |
f. | Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi; |
g. | Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan) |
h. | Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; |
i. | Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja) |
j. | Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan) |
k. | Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja. |
4. Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat mengandungi maklumat berikut:
a. Nama;
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Sumbangan; dan
d. Kebolehan istimewa
5. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk latihan.
6. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
7. Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.
8. Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Sekian,terima kasih.
“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”
Urus Setia Bahagian Pengambilan Khas
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5036
(Emel ini adalah cetakan berkomputer, tidak memerlukan tandatangan dan tidak perlu dibalas)
www.spa.gov.my