jurubahasa .... hari jadi sebenar....12.sep.2012.rabu (1)

wow….kejutan, hebat dan best pertama kali pergi temuduga SPA, jurubahasa L17.
saya sampai di sana dalam 730 pagi, ramainya manusia, rupa2 nya yang datang temuduga campur sekali dengan jawatan lain pula, yang hari ini ada yang temuduga penolong jurutera 29, ada yang akaun 29, 27, ada juga pegawai dietik 41, dan tidak lupa jurubahasa 17.
perasaan pertama kali temuduga sememangnya sangat gabrah, seram sejuk, takut, bercampur aduk perasaan,happy pun ada juga, al maklumlah 1st time ever datang temuduga.
sudah saya letak surat tawaran p temuduga tu, saya duduk bersama-sama dengan manusia yang sama seperti saya iaitu datang temuduga kerajaan.
nasibla saya ni mudah mesra dengan orang, jadi saya ajak la perempuan di sebelah saya ni berborak-borak. wow….dia pun pertama kali datang temuduga jurubahasa, nasib la sama kalau endak saya kekok mau bercerita,si Christine namanya, 24thn,orang Tambunan. cerita punya cerita rupa2nya dia ni kira junior junior university dengan saya, UNIMAS GEMILANG! budak Sains oh. yang sebelah kiri saya pula,Yaya namanya, dia amik temuduga akaun. wow..dengan dia sy tidak banyak bercakap sebab dia mcm baca2 info dalam mobilenya.
tidak lama kemudian Pendaftar panggil siapa yang ambil jurubahasa mandarin, kena duduk peperiksaan. alahaiiiiiii……….nerves punya pasal ni…..semua yang dtg temuduga tengok ni, macam artis pula saya rasa.hahha…tapi dalam hati, Tuhan jak tau…takut sebab tiada buat persiapan sepenuhnya. tapi disebabkan perasaan ingin mencuba,cuba la,hehheheee.yeah…