jurubahasa ... ramalan soalan interview kunun


ramalan soalan ... kunun2


wow… nasib la terjumpa artikel ini dalam website http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
<<<<<<<--Datuk Sa Wai @ Bon Chock




……………………….baca sampai habis ya kalau ANDA adalah bakal menduduki interview jurubahasa nanti…


kata Datuk Sa Wai @ Bon Chock.................................................
KERJAYA sebagai jurubahasa tidak sama seperti jururawat, jurutera atau jurulatih. Ini kerana jurubahasa perlu mentafsir pelbagai bahasa dalam tempoh kurang satu saat selain ketepatan dan kepadatan isi menjadi agenda utama.
Datuk Sa Wai @ Bon Chock dari Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB), Kuala Lumpur mendedahkan pengalaman beliau selama lebih 20 tahun bergelumang dengan kerjaya kejurubahasaan. Wartawan AMREE AHMAD dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM sempat menemu bual Sa Wai di pejabat ITNMB baru-baru ini.

Apakah peranan sebenar yang dilakukan oleh jurubahasa?
>>>>>>Peranan asas jurubahasa ialah menterjemah bahasa yang diucapkan oleh seseorang supaya mudah difahami khalayak. Namun jurubahasa sendiri terdiri daripada dua bahagian iaitu jurubahasa mahkamah dan jurubahasa serentak. Jurubahasa mahkamah terlibat dalam mentafsir kes yang berlaku di mahkamah manakala jurubahasa serentak bersifat fleksibel iaitu boleh berada sama ada di majlis rasmi atau sebagainya.Malah jurubahasa perlu mahir dalam dunia penulisan dan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Secara analogi pula, jurubahasa menterjemah apa yang dikatakan oleh itik dan ayam kerana kedua-duanya menggunakan bahasa yang berlainan.


Di manakah dan bilakah jurubahasa menjalankan tugasnya?
>>>>>>Jurubahasa seperti juga polis dan bomba, perlu bersedia apabila diperlukan. Jurubahasa bekerja dalam persidangan, mesyuarat, majlis rasmi, mahkamah hatta kenduri kahwin.
Jangan ketawa kerana ada majlis perkahwinan yang membabitkan warga tempatan dan warga asing yang memerlukan jurubahasa kerana tidak semua individu dapat menguasai bahasa bangsa lain.

Apakah perkara asas yang perlu ada untuk menjadi seorang jurubahasa?
>>>>>>>Seorang jurubahasa perlu menguasai segala aspek yang berkaitan bahasa seperti tatabahasa, cara penyampaiannya, intonasi sebutan dan kebudayaan asas sesebuah negara. Malah kita perlu faham walaupun setiap negara mempunyai bahasa rasmi tetapi di setiap daerah negara itu mempunyai loghat yang berbeza. Contohnya di Malaysia ada loghat Kelantan atau Perak yang perlu juga jurubahasa kuasai.Jurubahasa yang baik mampu mentafsir dalam tempoh kurang dari satu saat dan perlu sentiasa menjelajah dunia ilmu kerana pemahaman mendalam berhubung sesuatu isu serta ketepatan mentafsir merupakan antara aspek utama yang wajib kami ada.

Apakah perbezaan antara kerja jurubahasa dengan penterjemah?
>>>>>>>Seorang jurubahasa boleh menjadi seorang penterjemah tetapi sebaliknya bagi seorang penterjemah. Ini kerana penterjemah cuma menterjemah sesuatu karya teks. Jurubahasa pula perlu berhadapan dengan orang ramai secara berani, sabar, pintar dan mahir ilmu psikologi untuk memberi keyakinan kepada orang lain.

Bagaimana kerjaya ini membentuk jiwa anda?
>>>>>>>>Memahami kerjaya ini seperti memahami unsur budaya, keindahan bahasa dan jiwa bukan sahaja bahasa asing malah bahasa ibunda kita sendiri.

Apakah perbezaan jurubahasa untuk sidang antarabangsa berbanding tugas yang sama di mahkamah?
>>>>>>>Jurubahasa mahkamah hanya perlu mengkaji kes-kes mahkamah serta perlu menguasai terma yang terdapat dalam dunia kehakiman serta aspek teknikal perundangan.
Jurubahasa sidang antarabangsa pula mesti mengetahui kepelbagaian bahasa dan tahap profesional lebih tinggi kerana persidangan itu melibatkan negara berlainan yang mempunyai ideologi berbeza-beza.

Apakah yang perlu diambil perhatian oleh seorang jurubahasa?
>>>>>>>>>>Ketepatan. Ini kerana kesilapan mentafsir walaupun cuma satu perkataan boleh menimbulkan konflik besar antara negara. Memahami isu terjemahan ibarat kita bercinta dengan seseorang yang memerlukan kita mengenali hati budinya dengan lebih dekat.
Jurubahasa turut bertindak sebagai badan penapis kerana ada perkataan yang dituturkan mampu mencetuskan konflik. Jika pada individu tidak mengapa bagaimana pula jika membabitkan kedaulatan sesebuah negara yang mampu mencetuskan perang dingin.

Bagaimana prospek kerjaya sebagai jurubahasa dan berapakah bilangan jurubahasa berdaftar yang ada di Malaysia sekarang?
>>>>>>>>Menurut rekod ITNMB, setakat ini terdapat seramai 280 orang jurubahasa berdaftar dan kami menyediakan kemahiran mentafsir 28 buah bahasa, antaranya Sepanyol, bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin dan Perancis.
Biarpun masih kecil, saya yakin bidang ini akan terus berkembang kerana bahasa tidak akan lenyap di muka bumi ini yang memerlukan pengantara antara bangsa dengan bangsa yang lain.


TAMAT

>>>>>>saya berharap artikel ni banyak membantu kita mendapat sedikit gambaran untuk menduduki interview akan datang..............

terima Kasih Datuk!!!