jurubahasa ... tips and perkongsian darihttp://cucutunteja.blogspot.com/2012/06/kerja-aku.html




dan semalaman sy mencari info tentang jurubahasa di google.. akhirnya dapat juga pengalaman dari blog ni... http://cucutunteja.blogspot.com/2012/06/kerja-aku.html... berikut adalah perkongsian beliau... berguna untuk mendapat gambaran sementara... thanks 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
info from - http://cucutunteja.blogspot.com/2012/06/kerja-aku.html

Monday, 18 June 2012

Kerja aku

Okeh, sudah cukup dengan entri jiwang-jiwang ni, aku pun dah tak tau nak karang apa lagi yang jiwang. Jadi kembali ke tahap normal, dan entri yang biasa-biasa aje.

Masuk hari ni, dah hampir 4 tahun aku berkecimpung dalam sektor kerajaan ni. Atau lebih spesifik lagi, di Mahkamah. Yea, aku kerja mahkamah. Tapi aku bagitau awal-awal, aku bukan peguam, okeh. sebab biasa dah, sejak aku mula-mula kerja, sampai sekarang, bila orang tanya aku kerja kat mana, aku akan jawabla aku kerja kat mahkamah, dan mereka akan bertanya balik : "Peguam ke?" Semua orang pun sama. Apa yang perlu korang faham di sini, peguam tak kerja di mahkamah, orite? peguam cuma bawak kes di mahkamah. Kenapa korang tak tanya macam ni, "eh, awak majistret ke?" tak pun, awak cleaner ke kat sana?" Satu kerja pulak aku nak kena explain pada mereka-mereka tentang kerja aku.

Oklah, aku explain la siap-siap kat sini. Tugas aku kat mahkamah ni sebagai JURUBAHASA. Tugas jurubahasa ni macam penterjemah la. Mungkin ada yang akan tanya, "perlu ke?" Jangan tak tau, walaupun mahkamah-mahkamah kat Malaysia ni bersidang menggunakan Bahasa Melayu, tapi bukan orang melayu je yang buat jenayah kat Malaysia ni. Kan Malaysia ni sekarang dah ada berbilang kaum, sampai dah tak larat nak bilang dah. Ada Cina, India, Myanmar, Bangla, Negro....banyaklah sangat kalau aku nak nyatakan, tak cukup satu entri ni.

So kat sini la aku dan kawan-kawan aku memainkan peranan. Macam aku, takat mat-mat negro tu aku handle la, kan diorang tak paham bahasa melayu dan tak pandai nak cakap melayu. So apa diorang cakap aku explain kan pada court, dan apa hakim aku cakap, aku explain balik kat dia. Kira kena speaking abis la....hahahaha.....Kalau macam bangsa-bangsa lain tu, ada jugak jurubahasanya. Supaya persidangan mahkamah akan berjalan lancar. Kira kalau takde aku macam tak complete la court tu...penting jugakla aku ni, kan...(ceewaaahhh, bajet..)

Selain dari tu, kan kalau korang tengok tibi, cerita-cerita yang ada kisah jenayah, kan bila  bicara tu ada barang-barang bukti yang dikemukakan kan? ha...kat sini kitorang panggil eksibit @ barang kes. Barang2 tu semua aku la kena jaga, kena tandakan, kena simpan. Kalau hilang ke, rosak ke, puas la nak menjawabnya.

Pastu kalau korang tengok lagi tibi citer-citer yang ada paparkan kes bicara dalam mahkamah tu, perasan tak, kat bawah hakim tu, ada macam staff yang duduk ngadap mesin taip tu??? haaaa...itulah jurubahasa. Tapi bab mesin taip tu takdelah, tipu je tu. Zaman dah canggih maa....mana ada pakai mesin taip semua, kalau ada, aku pun jakun...skang kitorang pakai recording system, siap ngan cctv, video link bagai. So, takde dah taip-taip ni. Semua record je. lagi senang, kan...

So itulah serba sedikit tugas aku sebagai seorang JURUBAHASA MAHKAMAH. So lepas ni, kalau ada orang tanya korang pasal kerja ni, korang pun bolehla jawab dengan jayanya, kan, kan....dah bertambah lagi satu ilmu pengetahuan korang...kan....

ini tempat kerja aku, abaikan keadaan yang berselerak tu, pekerja cemerlang memang gini...hehehe

berikut adalah komen2 yang diterima oleh beliau

8 comments:

  1. Jejaka Igauan13 August 2012 11:03
    kerja d mahkamah ampang ke
    Reply
  2. yup....nape? pernah nampak ke???
    Reply
  3. salam, masih keje di ampang ke?
    Reply
  4. salam..bulan 9 nanti saya ada temuduga untuk jurubahasa ni..ada tips tak?:)..dan apa soalan yang ditanya nanti.terima kasih kerana membantu.
    Reply
  5. samaaaaaaaa ada interview gak.buntu ni tolongggg:(
    Reply
  6. eh wanie,kerol ex typist mahkamah ampang dolo..bln 9 nie g interbiu jurubahasa gak..hrp dptlaa....
    Reply
  7. salam.. awal bulan 9 ni ada interview jurubahasa juga. Takuut :( apa soalan dia nanti eh?
    Reply
  8. wah, ramainye bakal jurubahasa...bagus2....tips ea...dulu mase wani interview, memula interviewer(ada 3 org) akan suh kita cite pasal diri kita, kira biodata ringkas la, pastu dia tanya apa yang wani tau pasal jurubahasa dan tugas-tugas dia. Then diorang bagi 1 artikel bahasa inggeris suh wani translate ke bahasa melayu time tu jugak sebab wani interview sbg jurubahasa melayu...gudluck tau.....
    Reply
    -------------------------------------------------------------------------
    perasaan saya pula sangat nervous..... agaknya siapa lah manusia yang akan interview saya nanti.... hahhhhhaaaa