perginya dia....jua

27hb Julai 2011 Rabu, lebih kurang 830pagi, bertempat di Icu,Q.E.H

Walaupun perkenalan di antara saya dengan Unkol (mendiang Jountin Rangkata) belum pun sampai setahun jagung, tetapi bagi diri saya Unkol merupakan seorang yang berwawasan tinggi, berpandangan jauh, berpengetahuan luas dan bersemangat kental yang ada dalam dirinya. 

Sebelum saya masuk kerja di Milimewa Inanam, saya adalah seorang pengunjung setia supermarket ini. Dan pada masa sama, saya selalu melemparkan senyuman dengan Unkol, Unkol pun tidak kedekut untuk membalas senyuman nya. Setelah saya diserap bekerja di supermarket ini, Unkol pernah juga menyindir saya semasa saya dengan seorang rakan sekerja membantu untuk mengemaskan salah satu bilik staf disana, sehingga sekarang saya masih ingat sindiran itu yang mana berbunyi seperti ini.."kuat mengangkat barang-barang tapi macam itu saja,tidak pandai turun berat badan, Mah, pandai ko cari staf oh" dan macam-macam lagi sindiran Unkol masih segar dalam ingatan saya sehingga kini, namun saya tidak pernah pun berdendam dengan Unkol, malahan saya anggap semua itu pembakar semangat kepada diri saya untuk terus kekal bertahan dan menjadi seorang penyabar dalam kehidupan seharian saya.

Unkol, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Unkol sudah tiada di bumi ini lagi.... sebab itu saya tidak mahu menangis dan bersedih diatas ketiadaan Unkol, bagi saya Unkol adalah seorang yang jujur kepada saya. saya meminta maaf kepada Unkol kerana saya tidak pergi melawat Unkol di hospital , saya telah meminta mama saya yang wakil pergi melihat Unkol hari itu.

Perginya seorang yang saya anggap diri Unkol seorang senior sekerja yang amat berpendirian tegas yang mana agak pemarah tetapi pandai mengambil hati telah pun pergi buat selama-lamanya.. saya mendoakan agar Unkol ditempatkan di tempat yang mendamaikan hati dan aman buat Unkol untuk selama-lamanya.  Amen

terima kasih atas segala-segalanya Unkol

Unkol adalah yang terbaik di antara semua