kenapa marah mudah sangat menguasai diri kita sehingga menyebabkan pergaduhan di luar jangkaan!!

tanggal 2hb Mac 2012, Jumaat. wow..untuk pertama kali,saya telah menyaksikan pergaduhan hawa dan saya  sangat terkejut kerana ada pergaduhan mulut dan hampir2 menjadi pergaduhan body oh....alahai...persoalannya disini...

  1. kenapa sampai mahu bergaduh?? sebab diri sendiri yang suka menjaga tepi kain orang!!atau ada benda lain yang buat tidak puas hati.
  2. salahkah kalau kita mempertahankan diri kita kalau kita rasa diri kita diancam?? tidak salah tapi mesti bertindak secara rasional dan tidak membabi buta.
  3. kenapa kemarahan menguasai diri sendiri sehingga mampu bertindak di luar kawalan? mungkin disebabkan tiada rasa hormat, tiada rasa tolak ansur, tiada pertimbangan, tiada kawalan, sebab itu terjadi perkara yang jarang-jarang berlaku keatas diri kita.
  4. perlukah berfikir sebelum bertindak walaupun keadaan memerlukan penyelesaian serta-merta?? bg saya perlu, sebab kalau marah di luar kawalan , banyak perkara tidak diingini terjadi. bak pepatah orang, kalau marah biarlah bertempat.
akhir kata, apa yang saya nampak kelmarin saya jadikan pengajaran, jangan sampai amarah menguasai diri kita.

gambar dari internet