jurubahasa L17.. mahkamah

info dari http://ms.wikipedia.org

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan di Malaysia. Peranan utamanya ialah untuk menentukan sama ada undang-undang yang digubal di Parlimen atau Dewan negeri adalah sah atau tidak kerana ia diluar bidangkuasa masing-masing. Mahkamah ini juga berkuasa untuk menyelesaikan masalah pertikaian undang-undang antara negeri atau antara kerajaan Persekutuan dengan sesebuah negeri. Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.


Mahkamah Rayuan ditubuhkan pada 24 Jun 1994 bagi mengendalikan kes-kes rayuan yang dibuat selepas keputusan dan perbicaraan kes rayuan yang dibuat selepas keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi .Mahkamah Rayuan menjadi perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes sivil dan kes jenayah.Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak kurang daripada RM250,000.Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal.


Mahkamah Tinggi terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-kes jenayah dan sivil. Mahkamah Tinggi mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Tinggi mengawasi dan menyemak keputusan semua kes sivil dan jenayah Mahkamah Rendah